Perubatan cara tradisional adalah warisan turun temurun. Ia telah bermula pada nenek moyang kita lagi dan banyak pengorbanan, keadaan atau cara telah dilakukan dalam usaha mendapatkan ubat-ubatan yang benar-benar berkesan. Dalam masyarakat Malaysia kaedah rawatan tradisional biasanya diamalkan oleh jampi serapah di samping ubat-ubatan asli yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta serangga.
Perubatan tradisional masih lagi diperlukan oleh masyarakat hariini kerana beberapa faktor .Antaranya ialah warisan amalan hidup tradisional masih mengekang nilai hidup sebahagian besar masyarakat khususnya orang melayu di kawasan dan pedalamaan .Sejak sekian lama orang Melayu amat terpengaruh kepada kepercayaan animisme dan saki baki kepercayaan ini masih lagi wujud walaupun angin perubahan dan kemodenan begitu kencang bertiup.
Perubatan tradional masih lagi diperlukan kerana berupaya dan menjadi penawar kepada pelbagai penyakit yang berbahaya. Penyakit -penyakit seperti darah tinggi, lelah, lumpuh, patah tulang dan penyakit-penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf kebiasanya lebih serasi dengan perubatan tradisional jika dibandingkan dengan perubatan moden.
![]() |
| bekam rawat patah tulang |
![]() |
| rawatan patah tulang |
![]() |
| Rawatan akupuntur. |
![]() |
| pembedahan moden |
Begitu juga dengan buta, bisu, pekak dan sebagainya yang dapat disembuhkan oleh rawatan tradisional, bukannya melalui pembedahan seperti yang digunakan di dalam perubatan moden. Dalam penagihan dadah pula,terdapat pusat rawatan tradisional yang telah memulihkan para penagih banyak menggunakan sistem rawatan tradisional. Semua ini membuktikan bahawa perubatan tradisional masih diperlukan.
![]() |
| pembedahan laser |
Kadar bayarannya yang rendah juga berpunca daripada harga ubat-ubatan tradisional yang murah. Bayaran yang murah dalam perubatan tradisional boleh meringankan tanggungjawab golongan miskin dan setengahnya mengubah perhatian orang ramai kepada perubatan tradisional. Dengan sebab itu sistem perubatan tradisional masih diperlukan lagi.
Kesimpulannya, kemajuan ilmu dan materialistik yang sudah kita capai kini, kita tidak seharusnya melupakan sistem perubatan tradisional. Jelaslah bahawa perubatan tradisional memberi manfaat yang besar untuk kesejahteraan dalam kehidupan manusia. Pendek kata perubatan tradisional semakin penting dalam dunia perubatan sekarang. Ia seharusnya diterima sebagai satu cabang perubatan dan digabungkan dengan teknologi perubatan moden demi meningkatan mutu perubatan di negara kita ini.





No comments:
Post a Comment